Tuesday, February 15, 2011

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



As salam utk semua kwn2...dah lama aku xupdate blog ni...dah nak masuk 2 bulan kot...sebelum tu salam maulidur rasul..
marilah kita banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
hmmmm....banyak yang nak aku kongsi kat sini selama aku xupdate blog ni...tp nanti2 la aku tulis k...buat entry kali ni aku nak shre satu pglaman yg paling aku xakan dapat lupakan..pemergian ayahanda tercinta kepadaNYA...AL-FATIHAH.....belum sampai sebulan abah meninggalkan kami sekeluarga...rindu teramat sangat kat abah...selalu je terkenang kenangan bersamanya..dah xdapat aku nak cerita cmna rindu aku kat my abah...hanya ALLAH saje yg tahu..kadang2 terkenang segala kesalahan , kedegilan, kenakalan dan dosa-dosa yang telah aku lakukan semasa hayat abah...abah hamdan minta maaf sangat2 segala apa yang hamdan buat dan dah sakitkan hati abah....abah adalah seorang yang paling bermakna dalam hidup hamdan...



Teringat lagi time hamdan sekolah teknik...setiap dua minggu sekali abah akan hantar hamdan g stesen bus utk balik penang..padahal teksi banyak je untuk hamdan naik..tp abah yg hantar kan..padahal time tu abah mmg dah sakit..abah kuatkan diri untuk hantar hamdan jugak...abah mesti akan tunggu sampai hamdan naik bus...miss that moment with u abah...banyak sangat abah korbankan untuk kami adik beradik...haaa..hamdan ingt jugak time nak buat medical checkup utk masuk belajaq kat maktab ni...abah ngn hamdan sampai pukul 10 pagi kat hospital...tp time tu ramai sgt orng...dari pukul 10 pagi. sampai pukul 5 petang baru siap medical checkup....time tu abah langsung xmerungut pon...abah tunggu ja hamdan kat tempat menunggu...abah mmg penyabar sangat2..insyALLAH..hamdan akan jadi seorang pendidik yang terbaik untuk abah...abah banggakan hamdan dapat jadi cikgu nanti..sebab abah pernah cakap..tugas sebagai cikgu la yang masyarakat paling hormat..hamdan akan sentiasa ingat tu..



Malam last abah kat hospital...hamdan sentiasa kat tepi katil abah...hamdan pegang tangan abah..picit2kan kaki abah..sebab malam tu sejuk sangat dalam wad...hamdan bacakan yasin dan ajar abah kalimah syahadah..semalaman hamdan xtido sebab hamdan dapat rasakan yang malam tu adalah malam terakhir hamdan dengan abah...hamdan usap dahi abah banyak kali...walaupon abah dah koma time tu..abah menangis kan..hamdan yang sapukan air mata abah...hamdan xmenangis tepi abah sebab hamdan nak abah kuat masa tu..hamdan bagi kata-kata semangat kat abah..hamdan cakap abah sakit sikit je ni..esok dah boleh sembuh..macam2 lagi kata semangat hamdan bisikkan kat telinga abah...tapi abah tetap menangis kan...hmmm...pukul 6.30 pagi lepas hamdan sembahyang subuh tepi katil abah..hamdan kejutkan abah sembahyang...hamdan ajar abah niat sembahyang subuh tepi telinga abah...hamdan harap abah terjaga time tu..sebab hamdan betul2 dapat rasakan yang tu solat terakhir abah..muka abah dah pucat sangat2 time tu..tapi hamdan still berdoa yang abah akan kuat dan sembuh dengan cepat walaupon doktor dah datang jumpa hamdan banyak kali..doktor cakap abah sangat-sangat kritikal time tu..pendarahan dalam otak dah terlalu serius dan dah xleh buat operation..tapi hamdan still percaya yang ALLAH maha berkuasa dan keajaiban boleh berlaku...

Tepat pukul 11.30 pagi..29/1/2011..hari jumaat..doktor hentikan alat bantuan pernafasan abah..hamdan still kat tepi abah ajar abah syahadah...hamdan harap sangat2 abah dapat ikut hamdan bisikkan time tu...doktor sahkan abah dah xda lagi...hamdan tabah dengar semua tu...hamdan tahu ALLAH lebih sayangkan abah..dan hamdan sangat2 sayangkan abah...doa hamdan untuk abah sentiasa..moga abah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin..AL-FATIHAH..

DADS
By Ken Brown

Delightful and loving,
Loved and admired,
Dad, you're my hero,
My life you've inspired. And when all my blessings
Are counted each day,
I thank God in heaven
For Dad when I pray. Dad thanks for your presence
Throughout thick and thin;
You're more than a parent,
You're my wonderful friend.