There was an error in this gadget

Tuesday, June 28, 2011

saat terakhir :)

Tuesday, February 15, 2011

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



As salam utk semua kwn2...dah lama aku xupdate blog ni...dah nak masuk 2 bulan kot...sebelum tu salam maulidur rasul..
marilah kita banyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W...
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
hmmmm....banyak yang nak aku kongsi kat sini selama aku xupdate blog ni...tp nanti2 la aku tulis k...buat entry kali ni aku nak shre satu pglaman yg paling aku xakan dapat lupakan..pemergian ayahanda tercinta kepadaNYA...AL-FATIHAH.....belum sampai sebulan abah meninggalkan kami sekeluarga...rindu teramat sangat kat abah...selalu je terkenang kenangan bersamanya..dah xdapat aku nak cerita cmna rindu aku kat my abah...hanya ALLAH saje yg tahu..kadang2 terkenang segala kesalahan , kedegilan, kenakalan dan dosa-dosa yang telah aku lakukan semasa hayat abah...abah hamdan minta maaf sangat2 segala apa yang hamdan buat dan dah sakitkan hati abah....abah adalah seorang yang paling bermakna dalam hidup hamdan...



Teringat lagi time hamdan sekolah teknik...setiap dua minggu sekali abah akan hantar hamdan g stesen bus utk balik penang..padahal teksi banyak je untuk hamdan naik..tp abah yg hantar kan..padahal time tu abah mmg dah sakit..abah kuatkan diri untuk hantar hamdan jugak...abah mesti akan tunggu sampai hamdan naik bus...miss that moment with u abah...banyak sangat abah korbankan untuk kami adik beradik...haaa..hamdan ingt jugak time nak buat medical checkup utk masuk belajaq kat maktab ni...abah ngn hamdan sampai pukul 10 pagi kat hospital...tp time tu ramai sgt orng...dari pukul 10 pagi. sampai pukul 5 petang baru siap medical checkup....time tu abah langsung xmerungut pon...abah tunggu ja hamdan kat tempat menunggu...abah mmg penyabar sangat2..insyALLAH..hamdan akan jadi seorang pendidik yang terbaik untuk abah...abah banggakan hamdan dapat jadi cikgu nanti..sebab abah pernah cakap..tugas sebagai cikgu la yang masyarakat paling hormat..hamdan akan sentiasa ingat tu..



Malam last abah kat hospital...hamdan sentiasa kat tepi katil abah...hamdan pegang tangan abah..picit2kan kaki abah..sebab malam tu sejuk sangat dalam wad...hamdan bacakan yasin dan ajar abah kalimah syahadah..semalaman hamdan xtido sebab hamdan dapat rasakan yang malam tu adalah malam terakhir hamdan dengan abah...hamdan usap dahi abah banyak kali...walaupon abah dah koma time tu..abah menangis kan..hamdan yang sapukan air mata abah...hamdan xmenangis tepi abah sebab hamdan nak abah kuat masa tu..hamdan bagi kata-kata semangat kat abah..hamdan cakap abah sakit sikit je ni..esok dah boleh sembuh..macam2 lagi kata semangat hamdan bisikkan kat telinga abah...tapi abah tetap menangis kan...hmmm...pukul 6.30 pagi lepas hamdan sembahyang subuh tepi katil abah..hamdan kejutkan abah sembahyang...hamdan ajar abah niat sembahyang subuh tepi telinga abah...hamdan harap abah terjaga time tu..sebab hamdan betul2 dapat rasakan yang tu solat terakhir abah..muka abah dah pucat sangat2 time tu..tapi hamdan still berdoa yang abah akan kuat dan sembuh dengan cepat walaupon doktor dah datang jumpa hamdan banyak kali..doktor cakap abah sangat-sangat kritikal time tu..pendarahan dalam otak dah terlalu serius dan dah xleh buat operation..tapi hamdan still percaya yang ALLAH maha berkuasa dan keajaiban boleh berlaku...

Tepat pukul 11.30 pagi..29/1/2011..hari jumaat..doktor hentikan alat bantuan pernafasan abah..hamdan still kat tepi abah ajar abah syahadah...hamdan harap sangat2 abah dapat ikut hamdan bisikkan time tu...doktor sahkan abah dah xda lagi...hamdan tabah dengar semua tu...hamdan tahu ALLAH lebih sayangkan abah..dan hamdan sangat2 sayangkan abah...doa hamdan untuk abah sentiasa..moga abah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...amin..AL-FATIHAH..

DADS
By Ken Brown

Delightful and loving,
Loved and admired,
Dad, you're my hero,
My life you've inspired. And when all my blessings
Are counted each day,
I thank God in heaven
For Dad when I pray. Dad thanks for your presence
Throughout thick and thin;
You're more than a parent,
You're my wonderful friend.


Friday, December 3, 2010

HAri-haRI meroyAN....

Assalamualaikum W.B.T....!!!!!!
Dah lama x tulis dlm blog..dah nak dekat 2 bulan kot...mmg byk story nak share..tp xsempat..baru2 ni aku sibuk ngn final exam...so mmg sah2 la xsempat nak tulis dalam blog ni....
lepas exam terus cuti..kat kg plak byk je dugaan....apa2 pon itu la life....so kali ni aku nak share skit aktiviti aku time cuti ni...banyak gak plan2 yang menjadi..so ade la gambo yang skit2 yang dah snap time cuti baru ni..jom layan.....!!!!!

PART 1 : meroyan kat Sg Petani.....

time ni plan nak g tgk wyg....tp lepak kat pantai dulu....

aku ngn hairi..

hahaha...saja besarkan skit size gambo ni....

3 teruna...selalunya ada 4 teruna...tp sorang lagi ngah exam..xjoin kami la...

3H ( Hamdan, Hairi, Hafis )


PART 2 : time ni g meronda kat penang...saja borink2...so melepak la....kali ni cukup 4 teruna..hehe

teka kat mana????

uihhhh...layan...

haaa...jgn xcaya lak..hahaha

empangan ???????

P/S : esok plan meroyan lagi...kat mn la best...huhuhu...

Saturday, November 6, 2010


I like when she said " i keep it", "it's baby food" and “Watch Zoey 10101”.. Hahaha.. Parody of Jamie Lynn Spears..

Thursday, November 4, 2010

Di Sebalik Musibah Ada Hikmahnya



Sesungguhnya pandanglah setiap kejadian yang Allah jadikan dengan penuh kebaikkan. Segala yang terjadi mempunyai hikmah disebaliknya bagi orang-orang yang memikirkan iaitu orang-orang yang sentiasa memandang setiap kejadian atau ciptaan dengan sebaik-baik sangkaan.

Adapun setiap musibah yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya kerana sifatNya yang maha pengasih lagi maha penyayang semata-mata.

Setiap musibah dipandang melalui 3 perkara/kejadian/sebab:

1. Musibah yang diturunkan kerana hukuman kepada orang2 yang engkar setelah berkali2 diberikan peringatan. Ia sebagai pedoman kepada umat yang terkemudian. Seperti kaum nabi nuh, firaun dan sebagainya.

2. Musibah yang diturunkan sebagai peringatan kerana keengkaran. Seperti banjir, bencana alam, kemarau, sakit dan sebagainya. Kerana Allah ingin mengurangkan dosa hambaNya atau memberi pengajaran pada hambaNya agar memandang kepada kesilapan. Muhasabah diri.

3. Musibah yang diturunkan kerana Allah ingin menguji hambaNya bagi menguatkan keimanan.

Namun begitu ada juga rahmat yang merupakan musibah kiranya tidak difikirkan atau leka atas kurniaan. Seperti kenaikkan pangkat. Rahmat yang mana Allah berikan untuk menambahkan pendapatan dan nama yang menjadi kemegahan. Dalam masa yang sama, ianya akan mewujudkan sifat bongkak, sombong, lupa diri dan Allah atau jauh dari Allah kirana tidak bersyukur di atas kurniaan.

Sumber : iluvislam forum

Friday, October 29, 2010

Anak-anak buah Yang comey2..


Assalamualaikum w.b.t...haaa..dh lama tak taip2 untuk blog ni..asyik copy n paste je post2 sebelum ni...ok kali ni aku nak story pasal anak-anak buah aku yg comel2 semuanya...aku ni ramai anak buah sebenarnya..al maklum lah aku anak second last..semua kakak2 n abang dah kawen..so memang ramai la anak buah...memang happening kalo time raya...smpai aku pon naik pening kadang2..hehe..tp apa2 pon aku syg sgt semua anak2 buah aku...haaa..sebelum terlupa..anak2 buah aku ni call me PAK ANDAK..hehe..jom aku kenalkan semua kaum pelapis kerabat-kerabat aku..




ALONG ni my first nephew.....yg sweet girl ni plak AYU..my second nephew








 comel yang tgh makan aiskrin ni..HAZIQ...n yg tgh peluk pak andak (aku la tu) nama dia HAKIM






 Haaa....ni la noty..dua2 nakal sgt2..hehe..mcm kembar lak nama..HAWA n ADAM






ni pulak HAIKAL yg comey..haa..3 anak buah pingitan..AYU, ANGAH N IRA...



anak-anak buah aku kat sni...tp xsemua la yang ada....

ABU BAKAR yg comel

ABU BAKAR ngn ummi dia ( akak aku)

PUTRA ngn AKIM

                                        haaa....anak buah lagi....IRFAN n HAZIQ


riuh sekampung bila kumpul ramai-ramai...camni la suasananya....hehe...meriah...