Friday, December 3, 2010

HAri-haRI meroyAN....

Assalamualaikum W.B.T....!!!!!!
Dah lama x tulis dlm blog..dah nak dekat 2 bulan kot...mmg byk story nak share..tp xsempat..baru2 ni aku sibuk ngn final exam...so mmg sah2 la xsempat nak tulis dalam blog ni....
lepas exam terus cuti..kat kg plak byk je dugaan....apa2 pon itu la life....so kali ni aku nak share skit aktiviti aku time cuti ni...banyak gak plan2 yang menjadi..so ade la gambo yang skit2 yang dah snap time cuti baru ni..jom layan.....!!!!!

PART 1 : meroyan kat Sg Petani.....

time ni plan nak g tgk wyg....tp lepak kat pantai dulu....

aku ngn hairi..

hahaha...saja besarkan skit size gambo ni....

3 teruna...selalunya ada 4 teruna...tp sorang lagi ngah exam..xjoin kami la...

3H ( Hamdan, Hairi, Hafis )


PART 2 : time ni g meronda kat penang...saja borink2...so melepak la....kali ni cukup 4 teruna..hehe

teka kat mana????

uihhhh...layan...

haaa...jgn xcaya lak..hahaha

empangan ???????

P/S : esok plan meroyan lagi...kat mn la best...huhuhu...

Saturday, November 6, 2010


I like when she said " i keep it", "it's baby food" and “Watch Zoey 10101”.. Hahaha.. Parody of Jamie Lynn Spears..

Thursday, November 4, 2010

Di Sebalik Musibah Ada Hikmahnya



Sesungguhnya pandanglah setiap kejadian yang Allah jadikan dengan penuh kebaikkan. Segala yang terjadi mempunyai hikmah disebaliknya bagi orang-orang yang memikirkan iaitu orang-orang yang sentiasa memandang setiap kejadian atau ciptaan dengan sebaik-baik sangkaan.

Adapun setiap musibah yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya kerana sifatNya yang maha pengasih lagi maha penyayang semata-mata.

Setiap musibah dipandang melalui 3 perkara/kejadian/sebab:

1. Musibah yang diturunkan kerana hukuman kepada orang2 yang engkar setelah berkali2 diberikan peringatan. Ia sebagai pedoman kepada umat yang terkemudian. Seperti kaum nabi nuh, firaun dan sebagainya.

2. Musibah yang diturunkan sebagai peringatan kerana keengkaran. Seperti banjir, bencana alam, kemarau, sakit dan sebagainya. Kerana Allah ingin mengurangkan dosa hambaNya atau memberi pengajaran pada hambaNya agar memandang kepada kesilapan. Muhasabah diri.

3. Musibah yang diturunkan kerana Allah ingin menguji hambaNya bagi menguatkan keimanan.

Namun begitu ada juga rahmat yang merupakan musibah kiranya tidak difikirkan atau leka atas kurniaan. Seperti kenaikkan pangkat. Rahmat yang mana Allah berikan untuk menambahkan pendapatan dan nama yang menjadi kemegahan. Dalam masa yang sama, ianya akan mewujudkan sifat bongkak, sombong, lupa diri dan Allah atau jauh dari Allah kirana tidak bersyukur di atas kurniaan.

Sumber : iluvislam forum

Friday, October 29, 2010

Anak-anak buah Yang comey2..


Assalamualaikum w.b.t...haaa..dh lama tak taip2 untuk blog ni..asyik copy n paste je post2 sebelum ni...ok kali ni aku nak story pasal anak-anak buah aku yg comel2 semuanya...aku ni ramai anak buah sebenarnya..al maklum lah aku anak second last..semua kakak2 n abang dah kawen..so memang ramai la anak buah...memang happening kalo time raya...smpai aku pon naik pening kadang2..hehe..tp apa2 pon aku syg sgt semua anak2 buah aku...haaa..sebelum terlupa..anak2 buah aku ni call me PAK ANDAK..hehe..jom aku kenalkan semua kaum pelapis kerabat-kerabat aku..




ALONG ni my first nephew.....yg sweet girl ni plak AYU..my second nephew








 comel yang tgh makan aiskrin ni..HAZIQ...n yg tgh peluk pak andak (aku la tu) nama dia HAKIM






 Haaa....ni la noty..dua2 nakal sgt2..hehe..mcm kembar lak nama..HAWA n ADAM






ni pulak HAIKAL yg comey..haa..3 anak buah pingitan..AYU, ANGAH N IRA...



anak-anak buah aku kat sni...tp xsemua la yang ada....

ABU BAKAR yg comel

ABU BAKAR ngn ummi dia ( akak aku)

PUTRA ngn AKIM

                                        haaa....anak buah lagi....IRFAN n HAZIQ


riuh sekampung bila kumpul ramai-ramai...camni la suasananya....hehe...meriah...







Wednesday, October 27, 2010

Wanita Dambaan si Pemuda

 AINUL MARDIAH


 
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah.....

‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi pemuda tersebut malu ingin bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun pemuda tersebut tetap dipilih sebagai salah sorang yang akan pergi berjihad. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… .
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.



Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai… . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab… eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,… .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua… . dan tak pernah dia lihat di dunia… . lalu wanita itu berkata … akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku… . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii… … tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shahidd tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… .


Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my


Monday, October 25, 2010

Cinta Si Lelaki...




Dalam hubungan cinta, lelaki selalu dilabelkan dengan perkara-perkara yang negatif. Lelaki juga sering dikatakan menjadi punca apabila sesebuah perhubungan terputus di tengah jalan.
Sebaliknya, wanita pula biasa dilabel sebagai setia, tidak curang dan sanggup menunggu kekasih hati walau apapun yang terjadi. Namun benarkah begitu?

Ini kerana terdapat segelintir pihak yang mendakwa cinta seorang lelaki jauh lebih hebat daripada wanita. Lelaki juga dikatakan bijak menghargai wanita dan lebih ‘cool’ apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Di sini, mari kita nilai kehebatan cinta insan yang bernama lelaki.


1. Lelaki lebih menghargai kekasih  

Pujian mungkin akan membuatkan seseorang itu lupa diri. Namun tidak kepada lelaki. Ini kerana lelaki lebih gemar mendapat pujian daripada insan yang dicintainya. Buktinya, biarpun semua teman-teman mengkritik akan penampilan atau sesuatu yang dilakukannya, namun oleh kerana kekasihnya menyukai penampilan yang ditampilkan serta sikapnya itu, dia akan terus-menerus memakai atau melakukan kebiasaannya itu. Berbeza dengan golongan wanita yang lebih mengutamakan pandangan orang lain daripada pandangan kekasihnya sendiri. Adakalanya walaupun teman lelakinya berterus terang tidak menyukai dengan pakaian yang dikenakannya, namun oleh kerana teman sepejabat pernah memuji pakaian tersebut, wanita akan terus memakainya termasuklah ketika bertemu dengan teman lelakinya.



2. Lelaki lebih setia

Tidak dinafikan memang terdapat segelintir lelaki yang agak nakal. Namun hakikatnya mereka hanya sekadar menggatal dan tidak pernah serius untuk memikat perempuan lain kerana mereka sedar telah mempunyai teman wanita. Malah lelaki apabila telah jatuh cinta dengan seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan teman wanita yang mereka cintai itu berasa selesa dan berpuas hati berada di sampingnya.

Lebih mengharukan, ada lelaki yang rela ‘mengikat perut’ semata-mata untuk memastikan mereka mempunyai wang yang mencukupi untuk memenuhi hajat pasangan masing-masing. Manakala wanita pula hanya manis di mulut sahaja dengan mengatakan sanggup berkorban apa sahaja dan susah payah bersama pasangan masing-masing. Namun hakikatnya, apabila mereka bertemu dengan lelaki yang lebih sempurna, cinta mudah beralih arah.



3. Lelaki lebih memahami

Apabila bercerita soal memahami, memang kelihatan wanita bersifat lebih memahami jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Ini kerana wanita bersifat lebih lembut berbanding lelaki yang lebih suka berterus terang apabila tidak menyukai sesuatu perkara. Namun apabila dikaji sedalam-dalamnya, ternyata di dalam hubungan cinta, lelaki sebenarnya lebih memahami berbanding wanita. Buktinya lelaki sanggup menunggu apabila wanita yang dicintainya itu lambat. Malah sanggup menunggu sehingga berjam-jam lamanya asalkan dapat bertemu dan bermesra dengan kekasih hati.

Manakala wanita pula sentiasa mahukan kesempurnaan dan segalanya berjalan seperti mana yang dijanjikan. Malah kalau lelaki lewat lima minit daripada masa yang ditetapkan sahaja, sudah berbakul-bakul sumpah seranah yang dilepaskan. Malah merajuk sehingga berjam-jam lamanya



Jadi fikirkan cinta siapa yang lebih hebat. Lelaki ataupun wanita?

Saturday, October 23, 2010

Jangan Menangis Wanita


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."

Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Thursday, October 21, 2010

sekali lagi ke rumah family angkat

Assalamualaikum wbt...kali ini aku nak cite pasal family angkt plak....minggu lepas bdk2 kelas aku pegi ziarah family angkat coz sebelum ni masing2 busy ngn asgment...lagipon time raya aidilfitri xde pon yang melawat family angkat masing2...kami bertolak pagi jumaat...sebelum ke umah family angkat..kitaorng berkelah dekat lata mengkuang dulu..mandi2.dalam kul 2 petang baru semua bertolak ke umah family angkat masing2..sebelah malam plak kitaorng lepak kat air panas ulu legong..kul 1 pagi bertolak balik ke jitra...ni antara gmbar2 yg sempat kami snap kat sana.....

ngan jinggo ( monyet jinak jiran family angkat aku)

semua adik beradik angkat aku..

with our mumy....

ramai adik beradik..hehe

dik dan buat gaya menggoda..hehe

abg fakrul & dik dan..hehe

Monday, October 18, 2010

Hasil aMali JAHItan AKu

Assalamualaikum w.b.t....hehehe...kali ni nak share pasal projek amali yg aku kena settlekn baru ni....semester ni kitaorng kena settlekn amali pertukngan ( 4 jam ), jahitan (3jam) n masakan.....perhhh mmg mantap...frst time aku belajar menjahit macam2 jahitan yang xpernah aku dgr..hehehe....memang susah..pening kepala gak la nak menjahit ni..kena penuh dengan kesabaran..hehehe...time first nak menjahit tu..dah patah jarum aku buat..hahaha..nasib la dpt cover2....ok skrng show hasil kerja tangan aku semasa amali menjahit...

P/S : ni la hasil jahitan yang aku rasa plng cantik yg aku pernah buat seumur hidup aku...hahahah


hasil jahitan aku buat


hehehe...setelah 3 jam bertungkus lumus...siap juga akhirnya..

ni jahitan utk portfolio

leh buat suprise utk mak aku ni..hahaha...nangis kot kalo dia tgk gambar ni..hahha



Friday, October 15, 2010

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
www.iluvislam.com
Oleh:Nuur57
Editor: NuurZaffan





1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).


2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)


3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.


4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).


5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)


6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).


7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.


9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.


10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.


11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.


12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.


13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Thursday, October 14, 2010

Pinggan untuk AYAH

Pinggan Untuk Ayah
www.iLuvislam.com
oleh: Ruzaini*

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,
Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.

Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.

Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:"Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

"Oh! Ya..." bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.

Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.
~Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan~
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)

Monday, October 11, 2010

hilang KAsut baru...huhuhu...

 line 7...sport shoes aku....dah hilang akhirnya..huhuhu

               hari2 last pakai kasut tuu masa mengajar kat SK Jitra 2...huhuhu

Huuuuhhh...dah la pagi tadi bangun lewat...ada amali pertukangan plak tu....ekpress je aku bersiap nak g kelas...bila dah siap2 time nak pakai sport shoes aku...tiba2..xda...huuuuhhh...panik gak mencari satu umah..dah la sport shoes aku yg lama dah berlubang kat tapak kasut...cari punya cari..xde gak..so paksakan diri la jugak pakai kasut lama coz dah lewat sgt...dalam hati still cool coz ingtkan lupa letak kasut tu kat mana2..dengan bertungkus lumus buat amali satu hari..siap gak akhirnya projek kayu aku....
time balik umah untuk cari kasut sport aku...lama gak aku cari tapi langsung xjumpa..akhirnya dah leh buat keputusan yang kasut aku tu dah hilang entah ke mana..huhuhuhu...sedeyy doww..dah la baru beli kat al-ikhsan..mahal lak tu..huhuh..xsampai dua bulan lagipon....
memang kalo aku jmpa sapa yg curi kasut aku tu..haaaaa..siap la ko...aku tahu la jenis sepakan apayg sangat sesuai aku nak kasi kat ko...
memang angin satu badan je ni..tp sabo je.....huhuhu..muhasabah diri banyak2...
nasib la dah nak habes sem..xturun padang dah...kalo x..msti kena beli lain....nampaknya semester depan sport shoes baru lagi la...hmmm..nasib2....

Saturday, October 9, 2010

salaD bUAh..sedaP...

Hari jumaat baru ni terasa nak makan salad buah yang mak aku selalu buat kat umah...nak balik kg busy..so apa lagi..calling2 my mummy la..tnya resepi salad buah tu...nak try buat gak kot2 menjadi...hehe..kalo xjadi pon hentam makan je la sebab kempunan sangat dah..hahaha...so ni hasilnya..memang menjadi la...buat satu periuk besar pon leh habes...hehe..dah leh jadi chef arr pasni....hehehe


                                               mixed fruit salad..yummyy...

                  sedap dow..hilang kempunan aku...korunk jgn terliur arr..hahaha


                             on9 sambi menikmati salad buah..memang layannnn....

P/S : sape nak resepi...just mnta kat aku..hehe..selamat mencuba..memang sedap arrr...