Dalam hubungan cinta, lelaki selalu dilabelkan dengan perkara-perkara yang negatif. Lelaki juga sering dikatakan menjadi punca apabila sesebuah perhubungan terputus di tengah jalan.
Sebaliknya, wanita pula biasa dilabel sebagai setia, tidak curang dan sanggup menunggu kekasih hati walau apapun yang terjadi. Namun benarkah begitu?
Ini kerana terdapat segelintir pihak yang mendakwa cinta seorang lelaki jauh lebih hebat daripada wanita. Lelaki juga dikatakan bijak menghargai wanita dan lebih ‘cool’ apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Di sini, mari kita nilai kehebatan cinta insan yang bernama lelaki.
1. Lelaki lebih menghargai kekasih
Pujian mungkin akan membuatkan seseorang itu lupa diri. Namun tidak kepada lelaki. Ini kerana lelaki lebih gemar mendapat pujian daripada insan yang dicintainya. Buktinya, biarpun semua teman-teman mengkritik akan penampilan atau sesuatu yang dilakukannya, namun oleh kerana kekasihnya menyukai penampilan yang ditampilkan serta sikapnya itu, dia akan terus-menerus memakai atau melakukan kebiasaannya itu. Berbeza dengan golongan wanita yang lebih mengutamakan pandangan orang lain daripada pandangan kekasihnya sendiri. Adakalanya walaupun teman lelakinya berterus terang tidak menyukai dengan pakaian yang dikenakannya, namun oleh kerana teman sepejabat pernah memuji pakaian tersebut, wanita akan terus memakainya termasuklah ketika bertemu dengan teman lelakinya.
2. Lelaki lebih setia
Tidak dinafikan memang terdapat segelintir lelaki yang agak nakal. Namun hakikatnya mereka hanya sekadar menggatal dan tidak pernah serius untuk memikat perempuan lain kerana mereka sedar telah mempunyai teman wanita. Malah lelaki apabila telah jatuh cinta dengan seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan teman wanita yang mereka cintai itu berasa selesa dan berpuas hati berada di sampingnya.
Lebih mengharukan, ada lelaki yang rela ‘mengikat perut’ semata-mata untuk memastikan mereka mempunyai wang yang mencukupi untuk memenuhi hajat pasangan masing-masing. Manakala wanita pula hanya manis di mulut sahaja dengan mengatakan sanggup berkorban apa sahaja dan susah payah bersama pasangan masing-masing. Namun hakikatnya, apabila mereka bertemu dengan lelaki yang lebih sempurna, cinta mudah beralih arah.
3. Lelaki lebih memahami
Apabila bercerita soal memahami, memang kelihatan wanita bersifat lebih memahami jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Ini kerana wanita bersifat lebih lembut berbanding lelaki yang lebih suka berterus terang apabila tidak menyukai sesuatu perkara. Namun apabila dikaji sedalam-dalamnya, ternyata di dalam hubungan cinta, lelaki sebenarnya lebih memahami berbanding wanita. Buktinya lelaki sanggup menunggu apabila wanita yang dicintainya itu lambat. Malah sanggup menunggu sehingga berjam-jam lamanya asalkan dapat bertemu dan bermesra dengan kekasih hati.
Manakala wanita pula sentiasa mahukan kesempurnaan dan segalanya berjalan seperti mana yang dijanjikan. Malah kalau lelaki lewat lima minit daripada masa yang ditetapkan sahaja, sudah berbakul-bakul sumpah seranah yang dilepaskan. Malah merajuk sehingga berjam-jam lamanya
Jadi fikirkan cinta siapa yang lebih hebat. Lelaki ataupun wanita?
No comments:
Post a Comment