Thursday, September 23, 2010

TIADA CINTA BUAT SEKETIKA


TIADA CINTA BUAT SEKETIKA
Hatiku berhenti untuk mencintai seorang insan yang bernama wanita buat ketika ini…
Hatiku masih terluka dan kecewa di atas semua kesalahan dahulu…
Sekiranya cinta datang menusuk kembali ke dalam hatiku…
Akan ku cuba untuk menempis panahan itu dengan sekuat tenagaku….
Sekiranya hati ini meronta-ronta kehausan walaupun setitik perasan yang bernama cinta...akan ku terus pertahankan hasratku ini
 sanggup menderita buat sementara waktu daripada menderita buat selamanya...
Aku masih menyesali tentang peristiwa dahulu yang telah banyak mengajarku erti sebuah perhubungan....
Akan ku terus berjuang untuk mempertahankan niat hatiku ini sehingga segala impian yang ku idamkan selama ini tercapai....
Aku ingin mengapai impian, terus melangkah ke hadapan tanpa ingin ku menoleh kembali ke belakang.......
Cinta hanya mempersiakan masa yang aku miliki untuk melalaikan diriku daripada mengapai impian hidupku.....
Aku belum bersedia untuk menerima hubungan cinta dengan seorang insan yang bernama
wanita...

No comments:

Post a Comment